Memahami permasalahan pelancongan di Kundasang, Sabah : kekuatan dan kelemahan pendekatan positivisme (Explaining the problems of tourism in Kundasang, Sabah: the strengths and limitations of the positivist perspective)

Kertas ini secara asasnya cuba mengupas permasalahan pelancongan di Kundasang (Sabah) berdasarkan pendekatan epistemologi positivisme. Tujuannya ialah untuk (i) memaparkan beberapa aspek lahiriah (empirikal) kepincangan industri pelancongan di kawasan berkenaan, (ii) menjelaskan kepincangan ini dari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inGeografia : Malaysian journal of society and space Vol. 4; no. 1
Main Authors Dambul, Ramzah Dambul, Buang, Amriah
Format Journal Article
LanguageEnglish
Published Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia 01.01.2008
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Kertas ini secara asasnya cuba mengupas permasalahan pelancongan di Kundasang (Sabah) berdasarkan pendekatan epistemologi positivisme. Tujuannya ialah untuk (i) memaparkan beberapa aspek lahiriah (empirikal) kepincangan industri pelancongan di kawasan berkenaan, (ii) menjelaskan kepincangan ini dari perspektif postivisme sendiri, dan (iii) menunjukkan bagaimana penjelasan yang lebih bererti dapat dan harus didatangkan dari pendekatan-pendekatan epistemologi selain positivisme. Adalah didapati bahawa kekuatan perspektif positivisme ialah dalam mengenalpasti tiga faktor utama yang mempengaruhi kegagalan industri pelancongan sebagai katalis pembangunan Kundasang , iaitu pertumbuhan pusat urban yang lembab, kebocoran pendapatan, dan tahap ‛mandiri’ penduduk setempat yang lemah. Kelemahan perspektif positivisme ialah kegagalannya mengungkap dan menjawab dua persoalan kritikal yang mendasari permasalahan pelancongan di Kundasang, iaitu : (i) Mengapakah aliran modal asing yang masuk ke kawasan Kundasang gagal memberi kesan pengganda dan limpahan ekonomi di peringkat lokal ?; dan (ii) mengapakah kedatangan para pekerja migran yang agak besar jumlahnya tidak memberi sumbangan kepada pertumbuhan fungsi runcit dan perkhidmatan urbanisasi di Kundasang? Kertas ini menyimpulkan bahawa jawapan kepada dua persoalan dasar itu memerlukan aplikasi pendekatan bukan positivism.
ISSN:2180-2491
2180-2491