Melayu di sempadan: Penghilangan konsonan obstruent-homorganik dalam dialek Melayu Patani (Borderland Malays: Obstruent-homorganic consonants deletion in Patani Malay dialect)
Dari segi politik komuniti Melayu Patani dimiliki oleh Thailand. Bagaimanapun, kehampiran atau afiniti mereka dengan orang Melayu di utara Semenanjung Malaysia menyebabkan mereka dianggap sebagai lebih bersifat Malaysia daripada Thailand. Satu aspek yang mendasari kehampiran mereka dengan orang Mela...
Saved in:
Published in | Geografia : Malaysian journal of society and space Vol. 11; no. 3 |
---|---|
Main Authors | , |
Format | Journal Article |
Language | English |
Published |
Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia
01.01.2015
|
Subjects | |
Online Access | Get full text |
Cover
Loading…
Summary: | Dari segi politik komuniti Melayu Patani dimiliki oleh Thailand. Bagaimanapun, kehampiran atau afiniti mereka dengan orang Melayu di utara Semenanjung Malaysia menyebabkan mereka dianggap sebagai lebih bersifat Malaysia daripada Thailand. Satu aspek yang mendasari kehampiran mereka dengan orang Melayu Malaysia ialah dialek mereka. Kajian ini dilakukan untuk menghuraikan persoalan penghilangan konsonan pada gugusan nasalobstruen homorganik dalam dialek Melayu Patani. Gejala fonologi dalam kajian ini dianalisis dengan menerapkan Teori Fonologi Autosegmental Model KV. Data kajian diperolehi daripada penutur dialek Melayu Patani dari Kampung Nasa, Daerah Mayo, Wilayah Pattani, Thailand. Dapatan kajian mendapati bahawa penghilangan salah satu konsonan pada gugusan nasal-obstruen homorganik adalah disebabkan oleh proses delinking yang ada kaitan dengan faktor penyuaraan pada obstruen tersebut. Data menunjukkan apabila gugusan obstruen itu memiliki fitur [+suara], obstruen akan dihilangkan. Namun, apabila obstruen yang hadir pada gugusan tersebut memiliki fitur [-suara], konsonan nasal yang akan dihilangkan. Melalui dapatan kajian ini, persoalan penghilangan konsonan nasal dan penghilangan konsonan obstruen bersuara pada gugusan nasal-obstruen telah dapat dihuraikan dengan berpada menggunakan Teori Fonologi Autosegmental Model KV. |
---|---|
ISSN: | 2180-2491 2180-2491 |