Isu keselamatan dalam industri pelancongan: Satu tinjauan konsep (Safety and security concerns in tourism industry: A conceptual review)

Isu keselamatan dan jaminan dalam industri pelancongan adalah aspek kritikal yang perlu diberikan perhatian yang serius untk memastikan satu-satu destinasi pelancongan terus kekal menjadi pilihan pelancong. Kertas kerja ini adalah suatu tinjauan teoretikal tentang keselematan dan jaminan dalam indus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inGeografia Vol. 11; no. 12
Main Authors Logeswaran Tangavello, Mapjabil, Jabil, Badariah Ab Rahman, Rosmiza Mohd Zainol, Mohammad Kadir Zainal Abidin, Ibrahim, Mohd Zulhalmi
Format Book Review
LanguageEnglish
Published Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia 01.01.2015
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Isu keselamatan dan jaminan dalam industri pelancongan adalah aspek kritikal yang perlu diberikan perhatian yang serius untk memastikan satu-satu destinasi pelancongan terus kekal menjadi pilihan pelancong. Kertas kerja ini adalah suatu tinjauan teoretikal tentang keselematan dan jaminan dalam industri pelancongan yang berkait rapat dengan keselamatan pelancong semasa mengunjungi sesebuah destinasi pelancongan. Antara ancaman yang dihadapi dalam percutian pelancong ialah bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi, jenayah dan keganasan seperti rogol, culik, bunuh termasuk mangsa penipuan oleh agensi dan perkhidmatan pelancongan, keracunan makanan, ancaman penyakit dan lain-lain lagi. Isu keselamatan dan jaminan dalam pelancongan turut berkait dengan keselamatan diri pelancong dan kepentingan mereka termasuklah kebolehan untuk mencari arah dalam persekitaran yang asing, memahami tanda sistem tempatan, petunjuk dan kelaziman sosial dan akhirnya keselamatan perkhidmatan pengguna dan membeli-belah. Ringkasnya, keamanan dan hospitaliti adalah ‘rakan baik’ dalam aspek perjalanan dan pelancongan, sebaliknya peperangan dan suasana tidak selamat adalah antara ‘musuh’ yang paling teruk.
ISSN:2180-2491
2180-2491