Faktor budaya dan bukan budaya dalam mempengaruhi lawatan ulangan: Kajian kes pelancong asing Pulau Pinang (Cultural and non-cultural factors influencing repeat visits: A case study of Penang’s foreign tourists)

Lawatan ulangan merupakan suatu fenomena yang penting dalam bidang perancangan dan pemasaran pelancongan. Kajian ini meneliti tentang faktor budaya dan bukan budaya yang mempengaruhi lawatan ulangan pelancong asing ke Pulau Pinang. Kaedah persampelan soalselidik yang digunakan adalah persampelan ber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inGeografia : Malaysian journal of society and space Vol. 11; no. 12
Main Authors Harifah Mohd Noor, Rosmiza Mohd Zainol, New, Gaik Ling, Mapjabil, Jabil, Ismail, Ruzila, Badariah Ab Rahman, Kumalah, Mohd Jirey
Format Journal Article
LanguageEnglish
Published Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia 01.01.2015
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Lawatan ulangan merupakan suatu fenomena yang penting dalam bidang perancangan dan pemasaran pelancongan. Kajian ini meneliti tentang faktor budaya dan bukan budaya yang mempengaruhi lawatan ulangan pelancong asing ke Pulau Pinang. Kaedah persampelan soalselidik yang digunakan adalah persampelan berstrata dengan mengambil kira bilangan pelancong asing berbangsa Cina dan bukan berbangsa Cina yang berkunjung ke negeri ini. Untuk itu, seramai 112 orang pelancong asing dipilih untuk mengenal pasti faktor penentu yang mempengaruhi lawatan ulangan mereka ke Pulau Pinang. Hasil kajian menunjukkan elemen budaya, seni dan warisan menjadi pendorong utama yang mempengaruhi responden melakukan lawatan ulangan ke Pulau Pinang iaitu sebanyak 84% (94 orang) yang berpendapat mereka ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ dengan pernyataan ini. Faktor budaya yang lain termasuklah masyarakat yang peramah, kepelbagaian makanan, tapak warisan serta aktiviti dan perayaan. Manakala, kemudahan penginapan menjadi faktor bukan budaya yang paling mempengaruhi keputusan responden untuk berkunjung ke negeri ini, iaitu sebanyak 67% (75 orang) yang berpendapat ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ dengan pernyataan ini. Sehubungan itu, kedua-dua kumpulan pelancong antarabangsa memiliki karektor yang berbeza serta memerlukan strategi yang berbeza dalam menarik minat mereka untuk melakukan lawatan ke sesuatu tempat. Oleh itu, pendekatan yang sesuai dan berkesan haruslah dilaksanakan dengan betul agar menepati keperluan dan kehendak kelompok sasaran. Diharapkan kajian ini dapat meningkatkan lagi jumlah lawatan ulangan pelancong antarabangsa ke Pulau Pinang setelah faktor penentu lawatan ulangan pelancong antarabangsa etnik Cina dan bukan Cina dapat dikenal pasti.
ISSN:2180-2491
2180-2491