DASAR KEPENDUDUKAN KOLONIAL BRITISH DI NEGERI-NEGERI SELAT SEBAGAI STRATEGI PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL 1936-1941
Kajian ini berusaha untuk mengetengahkan dasar penduduk yang diamalkan oleh pihak kolonial British ketika menguasai Negeri-negeri Selat untuk tempoh 1826 sehingga perang dunia kedua. Kepentingan ekonomi khususnya selepas revolusi industri di Eropah pada abad ke 18 telah menjadikan penduduk sebagai n...
Saved in:
Published in | e-Bangi : journal of social sciences and humanities Vol. 12; no. 3; pp. 1 - 12 |
---|---|
Main Authors | , , , |
Format | Journal Article |
Language | Malay |
Published |
Bangi
E-Bangi Journal
01.01.2017
|
Subjects | |
Online Access | Get full text |
Cover
Loading…
Summary: | Kajian ini berusaha untuk mengetengahkan dasar penduduk yang diamalkan oleh pihak kolonial British ketika menguasai Negeri-negeri Selat untuk tempoh 1826 sehingga perang dunia kedua. Kepentingan ekonomi khususnya selepas revolusi industri di Eropah pada abad ke 18 telah menjadikan penduduk sebagai nadi ekonomi yang berasaskan sistem ekonomi kapitalis. Penduduk tempatan khususnya orang Melayu dilihat kurang berpotensi untuk menjadi modal kepada sistem ekonomi kapitalis. Oleh itu, dasar kependudukan yang liberal telah membawa kepada kemajuan ekonomi di negeri-negeri Selat dan juga mengubah demografi penduduk di Ngeri-negeri Selat. Kajian ini berupaya mengetengahkan bahawa usaha pembentukan masyarakat plural secara terancang telah pun berlaku melalui dasar-dasar politik dan ekonomi kolonial British. Oleh itu penguasaan kolonial British terhadap kawasan lingkungan British-Malaya telah membawa satu khazanah baharu iaitu penerimaan budaya baharu bagi kawasan British-Malaya dan dimulakan di kawasan pentadbiran Negeri-negeri Selat yang ditubuhkan pada tahun 1826. Melalui kajian ini, diharapkan bahawa pembentukan masyarakat plural di Tanah Melayu (Malaysia) sebenarnya dapat dikaitkan dengan falsafah ekonomi yang berkembang pesat di Eropah iaitu tenaga mausia adalah modal dalam industri khususnya berasaskan pasaran terbuka (free-market). Oleh itu kepentingan sumber bagi memenuhi kehendak pasaran telah membawa perubahan terhadap geografi penduduk dalam kalangan masyarakat di Kepulauan Melayu yang tidak mengamalkan falsafah ekonomi yang berasaskan keluaran secara besar-besaran bagi memenuhi permintaan khususnya bahan mentah. |
---|---|
ISSN: | 1985-3505 1823-884X |