PENEROKAAN MAKLUMAT LINGUISTIK DALAM DIALEK MELAYU JUGRA: PENELITIAN FONOLOGI STRUKTURAL

Makalah ini bertujuan untuk menunjukkan kewujudan Dialek Jugra sebagai Dialek Selangor di Malaysia, khususnya dari aspek fonologi yang melibatkan sistem inventori fonem dan proses-proses fonologi yang terlibat. Kaedah kepustakaan dan kajian ke lapangan telah diterapkan dalam kajian ini bagi mendapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published ine-Bangi : journal of social sciences and humanities Vol. 12; no. 3; pp. 1 - 29
Main Authors Chelaeh, Mumad, Aman, Rahim, Hamid, Shahidi A, Othaman, Nazihah Najwa, Ruslan, Suhailah, Bakar, Nooraniza Abu, Salam, Rusydiah A, Fadzil, Fatin Hakimah M, Sinur, Miss Deela
Format Journal Article
LanguageMalay
Published Bangi E-Bangi Journal 01.01.2017
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Makalah ini bertujuan untuk menunjukkan kewujudan Dialek Jugra sebagai Dialek Selangor di Malaysia, khususnya dari aspek fonologi yang melibatkan sistem inventori fonem dan proses-proses fonologi yang terlibat. Kaedah kepustakaan dan kajian ke lapangan telah diterapkan dalam kajian ini bagi mendapatkan data dan maklumat berkaitan Dialek Jugra. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kualitatif dan dapatan data telah dianalisis dan dihuraikan secara kaedah Linguistik Deskriptif. Seterusnya, kawasan kajian yang dipilih sebagai kawasan kajian meliputi kampung-kampung Melayu di Daerah Jugra di Selangor yang merangkumi sebelas kampung kesemuanya, iaitu Kampung Sungai Buaya, Kampung Teluk Pulai, Bandar, Kampung Sungai Arak, Kampung Sungai Igat, Kampung Pulau Nyatoh, Kampung Permatang Pasir, Kampung Sungai Raba, Kampung Katong, Chodoi dan Kampung Kelanang. Melalui penganalisisan yang dijalankan, pengkaji mengenalpasti tujuh fonem vokal dan hanya terdapat tiga fonem konsonan yang ditekankan iaitu /⊗/ dan alofonnya, persilihan bentuk hentian akhir kata, dan /s/ akhir kata dalam ragam Jugra. Oleh itu, dengan lahirnya kajian ini dapat memperlihatkan bahawa dialek Selangor itu wujud dan mendukung sistem fonologinya yang tersendiri, iaitu memiliki enam fonem vokal dan Sembilan belas fonem konsonan. Di samping itu, kajian ini juga mendapati terdapat proses-proses fonologi dalam Dialek Jugra, misalnya proses pengguguran, penyisipan, peleburan dan sebagainya. Kajian ini memberi kesan yang penting kepada pengkajian dialektologi Melayu.
ISSN:1985-3505
1823-884X