Penggunaan Display Light Board (DLB) Untuk Meningkatkan Kemahiran Teknik Melukis Bentuk Geometri Secara ‘Still Life’ The Use of Display Light Board (DLB) to Improve the Technique of Drawing Geometric Shapes in 'Still Life'
Pelajar didapati sukar melukis bentuk objek khususnya bentuk geometri dan tidak dapat menentukan arah cahaya dan saiz bayang yang tepat semasa melukis. Ini menyebabkan lukisan tidak nampak relistik dari segi bentuk dan konteks pencahayaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan display light...
Saved in:
Published in | Sains Insani Vol. 6; no. 2 |
---|---|
Main Authors | , |
Format | Journal Article |
Language | English |
Published |
01.12.2021
|
Online Access | Get full text |
Cover
Loading…
Summary: | Pelajar didapati sukar melukis bentuk objek khususnya bentuk geometri dan tidak dapat menentukan arah cahaya dan saiz bayang yang tepat semasa melukis. Ini menyebabkan lukisan tidak nampak relistik dari segi bentuk dan konteks pencahayaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan display light board (DLB) dalam meningkatkan kemahiran teknik melukis bentuk geometri secara ‘still life’. Display Light Board menggabungkan unsur cahaya dan latar belakang putih untuk menimbulkan kesan cahaya dinamik dan dramatik kepada bentuk-bentuk geometri yang diletakkan di atasnya. Kajian secara kualitatif dijalankan terhadap 10 orang pelajar tingkatan 4 yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian dan kajian dokumen. Satu alat inovasi iaitu Model DLB digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran pelajar untuk melukis cahaya dan bayang dengan tepat. Lampu dinyalakan ke arah bentuk-bentuk geometri yang diletakkan diatas papan, sehingga terhasil kesan cahaya dan bayang yang dapat dijadikan panduan kepada pelajar untuk melukis bentuk yang efektif. Hasil penggunaan model DLB menunjukkan 100% pelajar mudah melihat dan faham arah cahaya serta bentuk bayang yang terhasil daripada cahaya lampu yang dipasang. 90 % daripada mereka dapat melukis objek dengan baik dengan mengenal pasti kedudukan bayang yang tepat pada objek. Justeru, kajian mencadangkan supaya Model DLB ini dapat digunakan oleh pelajar untuk memahami konsep melukis objek dengan tepat secara ‘still life’ dengan adanya kesan cahaya dan bayang yang jelas. Guru dapat menadikan DLB ini sebagai bahan bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian pelajar. |
---|---|
ISSN: | 0127-7871 0127-7871 |
DOI: | 10.33102/sainsinsani.vol6no2.286 |