A Pilot Study Assessing Digital Literacy: Preschool Teachers’ Readiness to Use Online Learning Platforms in Nutrition Education

eToyBox merupakan platform pembelajaran dalam talian untuk guru prasekolah bagi meningkatkan literasi kesihatan dan seterusnya memperbaiki tingkah laku kanak-kanak yang berkaitan obesiti. Penilaian terhadap literasi digital, penerimaan bahan pendidikan digital, dan cabaran penggunaan program pendidi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inJurnal sains kesihatan Malaysia Vol. 22; no. 1; pp. 71 - 82
Main Authors YI TING, CHONG, BEE KOON, POH, ABD. TALIB, RUZITA, DENISE, KOH, PIK XUAN, WOO, GEORGIA LIVAN, NELSON, WHYE LIAN, CHEAH, JULIA AI CHENG, LEE, YATIMAN, NOOR HAFIZAH, CECILIA A., ESSAU, SUE, REEVES, CAROLYN, SUMMERBELL, EDWARD LEIGH, GIBSON
Format Journal Article
LanguageEnglish
Published 01.01.2024
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:eToyBox merupakan platform pembelajaran dalam talian untuk guru prasekolah bagi meningkatkan literasi kesihatan dan seterusnya memperbaiki tingkah laku kanak-kanak yang berkaitan obesiti. Penilaian terhadap literasi digital, penerimaan bahan pendidikan digital, dan cabaran penggunaan program pendidikan berasaskan internet diperlukan sebelum pembangunan eToyBox. Seramai 54 orang guru prasekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kuala Lumpur, Selangor, dan Sarawak yang terlibat dalam fasa intervensi ToyBox Study Malaysia pada tahun 2018 telah menyertai kajian keratan rentas ini. Soal selidik dalam talian diedarkan untuk menilai maklumat sosiodemografi, penggunaan alat komunikasi dan media, dan pandangan guru tentang penyesuaian modul ToyBox kepada bahan pendidikan digital. Subjek telah dihubungi, dan pautan soal selidik dikongsi melalui aplikasi WhatsApp. Kebanyakan subjek (74.0%) adalah perempuan Melayu dengan umur purata 37.7 ± 7.9 tahun. Kebanyakan subjek mempunyai akses internet (94.4%) dan memiliki sekurang-kurangnya telefon pintar, komputer riba atau tablet (94.4%). Majoriti subjek (75.0%) melaporkan kecekapan penggunaan teknologi pada tahap sederhana. Jumlah 65.0% subjek menilai kemahiran mereka dalam pemproses perkataan dan emel pada tahap mahir atau lebih tinggi; namun, hanya 22.0% dilaporkan untuk kemahiran hamparan elektronik lejar. Halangan utama untuk mengakses bahan pendidikan dalam talian ialah gangguan internet (74.1%). Kebanyakan subjek (90.0%) menyokong penyesuaian modul kepada pembelajaran dalam talian dan yakin bahawa ini akan memberi manfaat terhadap pembangunan profesional dan amalan pengajaran guru prasekolah. Kesimpulannya, majoriti subjek mempunyai tahap literasi digital yang sederhana dan bersedia menjalani pembelajaran serta pengajaran dalam talian. Hasil kajian ini boleh memberi panduan kepada pembangunan bahan pembelajaran dalam talian untuk guru prasekolah di Malaysia pada masa hadapan.
ISSN:1675-8161
2289-4535
DOI:10.17576/JSKM-2024-2201-08