Varian Dialek Melayu Tioman-Aur-Pemanggil: Analisis Linguistik Bandingan

Kajian tanah air umat Melayu (bangsa Austranesia) tidak pernah berhenti dibincangkan baik oleh ilmuan dalam bidang kebudayaan mahu pun linguistik. Ada yang mengatakan bahawa umat Melayu ini berasal daripada China dan Taiwan, dan ada yang mengatakan mereka tidak berasal daripada mana-mana, dan wilaya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inGema Online Journal of Language Studies Vol. 17; no. 2; p. 219
Main Authors Norfazila Ab. Hamid, Rahim Aman, Shahidi, A H
Format Journal Article
LanguageMalay
Published Bangi Nur Hafizah Abu Bakar 01.05.2017
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Kajian tanah air umat Melayu (bangsa Austranesia) tidak pernah berhenti dibincangkan baik oleh ilmuan dalam bidang kebudayaan mahu pun linguistik. Ada yang mengatakan bahawa umat Melayu ini berasal daripada China dan Taiwan, dan ada yang mengatakan mereka tidak berasal daripada mana-mana, dan wilayah Nusantara inilah merupakan tanah air mereka. Berlandaskan pernyataan di atas, maka pengkaji berpendapat bahawa masih ada jaringan dialek Melayu yang belum dikaji dengan tuntas. Oleh itu, kajian ini memfokuskan ke atas keberadaan dialek Melayu di wilayah Barat Daya Laut China Selatan, iaitu mencakupi Pulau Tioman-Aur-Pemanggil. Kajian ini adalah salah satu usaha untuk membincang status inovasi bersama yang wujud dalam ragam di Tioman-Aur-Pemanggil. Perbincangan berkaitan inovasi bersama dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil ini menggunakan kaedah perbandingan kualitatif. Bagi memperoleh ciri inovasi bersama, perbandingan fonem vokal, diftong dan konsonan dilakukan antara bahasa Melayik Purba dengan dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil. Hasil perbandingan memperlihatkan adanya ciri inovasi dan retensi yang diturunkan dalam dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil dalam varian semasa iaitu Tekek, Juara dan Salang. Sehubungan itu, dengan adanya data linguistik ini, memperlihatkan bahawa, umat Melayu atau bangsa Austronesia sebenarnya telah lama menjadikan wilayah Nusantara ini sebagai wilayah hunian mereka. Justeru, tanggapan tokoh-tokoh linguistik Barat yang mengatakan bangsa ini produk dari utara (China dan Taiwan) sama sekali tidak benar.
ISSN:1675-8021
2550-2131
DOI:10.17576/gema-2017-1702-13