Kesan persempadanan kawasan berdasarkan kajian linguistik bandingan

Pengaruh faktor sejarah dan persempadanan negara menjadikan kawasan di Hulu Perak Utara (HPU) didiami o leh masyarakat Melayu Patanı yang menuturkan dialek Patanı. Berdasarkan dapatan kajian lepas, kesan persempadanan, geografi dan sejarah di HPU felah menimbulkan pelbagai varian dialek Patanı di Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inGeografia : Malaysian journal of society and space Vol. 17; no. 4; pp. 45 - 61
Main Authors Habibah, C R N, Aman, Rahim, Shahidi, A H
Format Journal Article
LanguageMalay
Published Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia 01.01.2021
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Pengaruh faktor sejarah dan persempadanan negara menjadikan kawasan di Hulu Perak Utara (HPU) didiami o leh masyarakat Melayu Patanı yang menuturkan dialek Patanı. Berdasarkan dapatan kajian lepas, kesan persempadanan, geografi dan sejarah di HPU felah menimbulkan pelbagai varian dialek Patanı di Perak. Oleh itu, kajian ini meneliti bentuk fonem purba dialek HPU dengan memanfaatkan kerangka disiplin ilmu linguistik perbandingan sejarawi. Tujuannya adalah supaya dapat memberi gambaran sebenar tentang dialek HPU. Kawasan kajian yang difokuskan adalah di sembilan buah kampung sekitar Gerik dan Pengkalan Hulu Perak, yang mewakili sembilan varian HPU. Penelitian ini menerapkan kaedah kajian lapangan yang melibatkan teknik temu bual informan dan rakamam Teknik temu bual ini didasari dengan 522 daftar kata, dan diajukan kepada informan. Kaedah rekonstruksi dalaman digunakan untuk menerangkan hipótesis bentuk purba yang dituturkan oleh masyarakat di HPU. Kesimpulannya, hasil rekonstruksi felah menunjukkan bahawa dialek Hulu Perak Utara Purba (DHPUP) ini memiliki 4 buah vokal dan 18 buah konsonan purba, yakni DHPUP memperlihatkan pengekalan secara langsung daripada vokal Melayik Purba (MP) dan pengurangan satu konsonan daripada (MP). Seterusnya hasil rekonstruksi ini juga memperlihatkan DHPUP diturunkan secara langsung ke dalam kesemua sembilan varian HPU. Kesannya persempadanan negeri yang wujud di Malaysia kini tidak dapat digunakan sebagai landasan penelitian sejarah dialek Melayu, tetapi mempunyai hubung kait dengan faktor-faktor sosial purba.
ISSN:2180-2491
2180-2491
DOI:10.17576/geo-2021-1704-04