Analisis Keperluan Pembangunan Model Kurikulum Identiti Korporat Silang bagi Program Seni Reka Grafik (Needs Analysis for the Development of Cross-Cultural Corporate Identity Curriculum Model for Graphic Design Programme)

Analisis keperluan merupakan salah satu fasa terpenting pengumpulan data dan maklumat untuk di analisis secara sistematik bagi memberi input terhadap keperluan pembangunan sesebuah kurikulum yang mampan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keperluan untuk membangunkan model kurikulum...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inAkademika (Kuala Lumpur) Vol. 90; no. S3; pp. 189 - 201
Main Authors Nik Narimah Nik Abdullah, Nurfaradilla Mohamad Nasri, Muhammad Helmi Norman, Misman, Juritah
Format Journal Article
LanguageEnglish
Malay
Published Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia 01.01.2020
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Analisis keperluan merupakan salah satu fasa terpenting pengumpulan data dan maklumat untuk di analisis secara sistematik bagi memberi input terhadap keperluan pembangunan sesebuah kurikulum yang mampan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keperluan untuk membangunkan model kurikulum identiti korporat silang budaya bagi Program Seni Reka Grafik di peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Fasa analisis keperluan ini, melibatkan kaedah temu bual separa berstruktur terhadap 12 orang peserta kajian yang terdiri daripada 10 orang pensyarah yang mengajar dalam Program Seni Reka Grafik di Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan 2 orang pereka grafik yang berpengalaman dalam menghasilkan rekaan grafik di sektor awam. Data daripada temu bual bersama peserta kajian telah ditranskrip dan dianalisis secara tematik. Tiga tema utama yang telah dikenal pasti iaitu (1) rekaan bercirikan identiti budaya tempatan, (2) kurikulum berasaskan silang budaya dan (3) pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan majoriti peserta kajian menyarankan agar model kurikulum identiti korporat silang budaya bagi Program Seni Reka Grafik dibangunkan. Menurut peserta kajian, keperluan silang budaya dalam bidang pendidikan seni reka grafik adalah untuk memberi ruang penerokaan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan rekaan bercirikan identiti tempatan agar kelihatan unik dan kreatif. Dapatan kajian memberi indicator penting kepada kajian seterusnya yang melibatkan fasa pembangunan dan reka bentuk model kurikulum identity korporat berasaskan silang budaya dalam Program Seni Reka Grafik.
ISSN:0126-5008
DOI:10.17576/akad-2020-90IK3-15