TAKSONOMI KATA PINJAMAN ARAB-MELAYU DARI ASPEK GRAMATIKAL

  Peminjaman bahasa berlaku kerana faktor sosial atau gramatikal. Faktor sosial merujuk kepada sikap penutur, sementara faktor gramatikal berkaitan dengan aspek tatabahasa. Makalah ini membincangkan kata pinjaman Arab ke dalam bahasa Melayu dari aspek gramatikal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inIssues in language studies Vol. 13; no. 1; pp. 356 - 373
Main Authors JAAFAR, Mohammad Fadzeli, ZAHID, Indirawati, ABU BAKAR, Noorazlin
Format Journal Article
LanguageEnglish
Published 17.06.2024
Online AccessGet full text
ISSN2180-2726
2180-2726
DOI10.33736/ils.5773.2024

Cover

More Information
Summary:  Peminjaman bahasa berlaku kerana faktor sosial atau gramatikal. Faktor sosial merujuk kepada sikap penutur, sementara faktor gramatikal berkaitan dengan aspek tatabahasa. Makalah ini membincangkan kata pinjaman Arab ke dalam bahasa Melayu dari aspek gramatikal. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkategorikan kata pinjaman Arab berdasarkan kelas kata dan menghuraikan faktor peminjaman bahasa, misalnya peminjaman budaya dan peminjaman teras. Kajian ini menggunakan Kamus Dewan Perdana (2021) yang mempunyai lebih daripada 120 ribu entri. Kajian ini menggunakan kaedah sekunder dan rujuk silang untuk mengenal pasti kata pinjaman Arab yang terdapat dalam kamus. Hasil kajian mendapati kata nama adalah yang terbanyak dipinjam ke dalam bahasa Melayu. Kajian ini telah membahagikan kelas kata pinjaman Arab-Melayu kepada tiga kategori, iaitu (1) kata pinjaman kekal, (2) kata pinjaman berubah, dan (3) kata pinjaman bercampur. Selain itu, terdapat sejumlah kata pinjaman Arab yang telah dikategorikan secara tidak tepat dalam bahasa Melayu, misalnya “hujah”, “muktamad” dan “rela”. Lebih menarik lagi, kajian mendapati kebanyakan perkataan Arab yang dipinjam ialah jenis pinjaman budaya, iaitu objek atau konsep baru, yang tidak wujud dalam budaya Melayu. Kajian ini telah menyumbang kepada taksonomi kata pinjaman Arab-Melayu berdasarkan data korpus.
ISSN:2180-2726
2180-2726
DOI:10.33736/ils.5773.2024