Konsep keupayaan penyerapan akademia dan inovasi sosial dalam konteks pembangunan bandar berasaskan pengetahuan

Inovasi adalah penting dalam meningkatkan daya saing negara dan menyumbang kepada pembangunan bandar berasaskan pengetahuan. Pembangunan inovasi yang hanya menumpukan pada perspektif ekonomi mendorong kepada ketidakseimbangan pembangunan apabila wujud jurang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inGeografia : Malaysian journal of society and space Vol. 14; no. 2; pp. 68 - 81
Main Authors Hanafi, Nurhazliyana, Abdul Malek, Jalaluddin, Jusoh, Hamzah
Format Journal Article
LanguageEnglish
Published Bangi Universiti Kebangsaan Malaysia 29.05.2018
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Inovasi adalah penting dalam meningkatkan daya saing negara dan menyumbang kepada pembangunan bandar berasaskan pengetahuan. Pembangunan inovasi yang hanya menumpukan pada perspektif ekonomi mendorong kepada ketidakseimbangan pembangunan apabila wujud jurang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial masyarakat. Kemunculan inovasi sosial merupakan pelengkap kepada inovasi perusahaan yang hanya fokus kepada keuntungan. Aspek inovasi sosial mula ditekankan dalam pembangunan di Malaysia agar masalah serta keperluan sosial masyarakat dipenuhi. Secara umumnya, pembangunan inovasi sosial melibatkan aktor dan struktur. Artikel ini memfokuskan kepada aktor inovasi sosial yang tertumpu kepada individu, iaitu akademia. Teori keupayaan penyerapan digunakan untuk mengukur keupayaan akademia dalam menjana pembentukan inovasi sosial. Justeru, artikel ini menghuraikan konsep keupayaan penyerapan dan inovasi sosial dalam konteks pembangunan bandar berasaskan pengetahuan. Kajian literatur berkenaan keupayaan penyerapan dan perkembangan inovasi sosial merangkumi keupayaan pengetahuan, pembelajaran, pembangunan, kesosialan dan jalinan turut dibincangkan. Berdasarkan dapatan literatur peranan inovasi sosial dalam penyelidikan akademia menyumbang kepada penghasilan inovasi bernilai tinggi dalam konteks ekonomi, sosial dan teknologi. Oleh itu, inovasi sosial memainkan peranan penting dalam mencapai keamanan sosial yang menyumbang kepada peningkatan kelestarian masyarakat dan daya saing negara bagi memenuhi matlamat pembangunan negara.
ISSN:2180-2491
2180-2491
DOI:10.17576/geo-2018-1402-06