Kesan Modul Intervensi Pendekatan Terapi Realiti terhadap Perubahan Keyakinan Diri Berubah dalam kalangan Penagih Dadah (Effects of the Reality Therapy Intervention Approach on Changes in Self-Confidence among Drug Addicts)

Penagih dadah menjadi isu penting yang memerlukan perhatian daripada semua pihak. Statistik penagihan semula telah menunjukkan terlalu ramai bekas penagih kembali menagih setelah bebas dari pusat pemulihan dan pusat koreksional. Namun situasi penagihan berulang (relaps) berlaku disebabkan oleh kuran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inJurnal Pembangunan Sosial Vol. 23; p. 79
Main Authors Idris, Amran, Fuziah Shaffie‬, Saralah Devi Mariamdaran
Format Journal Article
LanguageEnglish
Malay
Published Kedah Universiti Utara Malaysia 01.01.2020
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Penagih dadah menjadi isu penting yang memerlukan perhatian daripada semua pihak. Statistik penagihan semula telah menunjukkan terlalu ramai bekas penagih kembali menagih setelah bebas dari pusat pemulihan dan pusat koreksional. Namun situasi penagihan berulang (relaps) berlaku disebabkan oleh kurangnya keyakinan untuk berhenti dari menagih. Penyelidik-penyelidik lepas ada mencadangkan implementasi modul sebagai medium untuk penagih berubah. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunan modul Intervensi Pendekatan Terapi Realiti terhadap efikasi kendiri penagih dadah. Kajian secara kuasi eksperimental ini menggunakan soal selidik Pain Self-Efficacy Questionnaire (PSEQ) yang diterjemahkan secara back to back yang mengandungi 10 item yang perlu dijawab oleh responden. Kajian secara kuantitatif bertujuan untuk melihat keyakinan diri untuk berubah dalam kalangan penagih dadah dalam proses pemulihan. Pemilihan responden melibatkan penagih yang menjalani hukuman di Pusat Koreksional Dungun dan dipilih secara rawak bertujuan. Responden penagih dadah telah dipilih seramai 72 yang merupakan penagih yang berulang. Penagih dadah yang dipilih tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu keumpulan rawatan dan kumpulan kawalan iaitu seramai 36 orang menerima rawatan Intervensi Pendekatan Terapi Realiti dan 36 orang tanpa rawatan. Hasil analisis SPANOVA menunjukkan modul Intervensi Pendekatan Terapi Realiti menyumbang secara signifikan terhadap keyakinan diri berubah penagih dadah secara terus. Kajian ini mengesahkan bahawa modul boleh dijadikan alternatif untuk memberi kesedaran kepada penagih dadah untuk berubah. Oleh itu dicadangkan kepada Pusat Koreksional dan pusat pemulihan untuk memanfaatkan setiap modul bagi meningkatkan keyakinan diri untuk berubah dalam kalangan penagih dadah.
ISSN:1394-6528
2600-8165
DOI:10.32890/jps2020.23.5