ANALISIS SITUASI SEMASA PENGGUNAAN BUKU AUDIO KANAK-KANAK DAN KEPUASAN IBU BAPA DI ZHENGZHOU, CHINA

Sebagai wilayah pendidikan utama, Zhengzhou, Henan di China setiap tahun mempunyai hampir satu juta pelajar mengambil peperiksaan kemasukan kolej, maka ibu bapa memberi perhatian yang besar terhadap pendidikan anak-anak mereka dari prasekolah. Buku audio dipilih sebagai medium pembelajaran yang utam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published ine-Bangi : journal of social sciences and humanities Vol. 20; no. 3; pp. 199 - 207
Main Authors Peng Kee, Chang, Li, Li, Xin Yi, Ang
Format Journal Article
LanguageEnglish
Malay
Published Bangi E-Bangi Journal 01.08.2023
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Sebagai wilayah pendidikan utama, Zhengzhou, Henan di China setiap tahun mempunyai hampir satu juta pelajar mengambil peperiksaan kemasukan kolej, maka ibu bapa memberi perhatian yang besar terhadap pendidikan anak-anak mereka dari prasekolah. Buku audio dipilih sebagai medium pembelajaran yang utama kepada kanak-kanak mereka. Tetapi, kepuasan penggunaan buku audio kurang dikaji di tempat ini. Prestasi kanak-kanak menggunakan buku audio mempengaruhi tahap kepuasan ibu bapa terhadap buku audio secara langsung dan seterusnya menguasai perkembangan pasaran dan jangkaan ekonomi buku audio. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang jelas tentang situasi penggunaan buku audio dan kepuasan ibu bapa terhadap penggunaan buku audio oleh kanak-kanak mereka serta mempertingkatkan perkembangan kanak-kanak prasekolah secara keseluruhannya dengan lebih baik. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kuantitatif dan soal selidik telah diedarkan kepada seramai 414 orang responden dalam kalangan ibu bapa. Analisis Regresi Berganda telah dijalankan untuk menguji hubungan antara ciri-ciri buku audio dan kepuasan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa majoriti ibu bapa berpuas hati dan mempercayai buku audio dapat meningkatkan kognisi dan pengetahuan kanak-kanak.
ISSN:1823-884X
1985-3505
1823-884X
DOI:10.17576/ebangi.2023.2003.17