Nota Penyelidikan/Research Notes Penyertaan Agama Warga Tua Rumah Seri Kenangan Malaysi

Kajian lepas menunjukkan penyertaan warga tua dalam aktiviti agama boleh mengurangkan aspek negatif yang banyak dalam kehidupan mereka, seperti kemurungan (Kennedy, Howard, Cynthia & Jiming, 1996), atau meningkatkan kepuasan hidup (Quadagno, 1999), memberikan makna dalam kehidupan (Elmi Baharudd...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Published inJurnal Pembangunan Sosial Vol. 13; p. 131
Main Authors Ismail, Zainab, WAN IBRAHIM WAN AHMAD, TIBEK, SITI RUGAYAH, Endot, Ideris, FARIZA MD. SHAM
Format Journal Article
LanguageEnglish
Malay
Published Kedah Universiti Utara Malaysia 01.10.2010
Subjects
Online AccessGet full text

Cover

Loading…
More Information
Summary:Kajian lepas menunjukkan penyertaan warga tua dalam aktiviti agama boleh mengurangkan aspek negatif yang banyak dalam kehidupan mereka, seperti kemurungan (Kennedy, Howard, Cynthia & Jiming, 1996), atau meningkatkan kepuasan hidup (Quadagno, 1999), memberikan makna dalam kehidupan (Elmi Baharuddin, 2008), dan kebanyakan warga tua menganggap agama penting dalam kehidupan (Wan Ibrahim Wan Ahmad, 2008). Kajian-kajian ini, kecuali kajian Elmi Baharuddin, dilakukan ke atas warga tua dalam komuniti, bukan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan. Banyak persoalan boleh ditimbulkan tentang penyertaan warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan dalam aktiviti agama. Tidak ada jawapan yang jelas yang boleh diutarakan tentangnya. Maklumat dalam nota penyelidikan ini diambil daripada hasil awal projek penyelidikan dengan Kod Projek: UKM-PP-04-FRGS0005-2006/04, bertajuk “Penyertaan Agama, Konsep Kendiri dan Keperluan Kaunseling Warga Tua Rumah Seri Kenangan di Malaysia”. Kajian tersebut bertujuan menganalisis penyertaan warga tua dalam amalan agama, mengenal pasti konsep kendiri warga tua dan mengenal pasti indikator yang menunjukkan warga tua memerlukan perkhidmatan kaunseling di Rumah Seri Kenangan. Tumpuan penyelidikan itu adalah ke atas warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan (RSK). Warga tua ialah individu yang berumur 60 tahun dan ke atas. Pengertian ini berasaskan resolusi Perhimpunan Dunia Bangsa- Bangsa Bersatu World Assembly on Aging yang pertama tentang penuaan yang diadakan di Vienna pada tahun 1982. Dalam perhimpunan tersebut, umur “60 tahun dan lebih” digunakan sebagai had umur dalam menentukan trend penuaan, walaupun kebanyakan negara maju menggunakan had umur 65 tahun dan lebih dalam menentukan trend penuaan mereka.
ISSN:1394-6528
2600-8165
DOI:10.32890/jps.13.2010.11340